Kategori Penilaian Ergonomik

Saya boleh pecahkan penilaian ergonomik kepada dua, iaitu penilaian ergonomik klasik dan penilaian ergonomik moden.

Ergonomik klasik

Penilaian ergonomik klasik tertumpu kepada aspek fizikal manusia. Juga dipecahkan kepada dua, iaitu;

Penilaian hubungkait faktor pekerjaan dengan prevelen gejala gangguan rangka-otot. Dapatan penilaian ini melihat sebab-akibat antara kedua-dua faktor. Ia bermanfaat dalam mengenalpasti langkah kawalan bersesuaian untuk meminimum risiko prevelen. Pendekatan hirarki kawalan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan digunapakai.

Penilaian yang menyiasat ciri-ciri biomekanik dan kinesiologi terhadap fisiologi tubuh seperti kerahan tenaga, degupan jantung, ambilan oksigen dll. Dapatan penilaian ini bermanfaat sebagai pengkalan data berbentuk statistik untuk kegunaan rekabentuk industri. Nilai persentil misalnya diketahui untuk mengenalpasti ciri-ciri rebentuk mengikuti fungsi pekerjaan dan pengguna.

Ergonomik moden

Memasuki fasa kognitif, mental, psikososial dan pengurusan organisasi. Ia lebih bersifat menyeluruh (holistik) yang merangkumi aspek mikro dan makro ergonomik.