Garispanduan HIRARC 2008

Poster evaluation

Pada 14 Julai 2017 (Jumaat), saya telah dijemput untuk menilai tugasan HIRARC dan penaksiran higen industri oleh pelajar tahun akhir Ijazah sarjana muda kesihatan & keselamatan persekitaran UiTM. Terdapat beberapa tugasan yang menarik minat saya dari segi aplikasi HIRARC dan pendekatan taksiran higen industri. Secara keseluruhan garis panduan HIRARC JKKP (2008) menjadi panduan kepada mereka manakala beberapa perundangan dan standard lain digunapakai untuk penaksiran higen industri seperti Peraturan dedahan bising, kilang dan jentera, 1989 dan lain-lain. Kiriman ini berhasrat untuk mengupas HIRARC 2008, JKKP.

Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC), 2008 merupakan dokumen dibangunkan sebagai panduan pihak industri untuk menjalankan HIRARC. Umumnya garis panduan ini menghuraikan konsep HIRARC dan tatacara menjalankan HIRARC secara sistematik. Jesteru pendekatan ringkas dokumen ini memudahkan individu dari pelbagai lapangan industri untuk memahaminya.

Dokomen HIRARC 2008 tidak sesuai dijadikan sebagai sumber tunggal semata-mata untuk menaksir dan mengawal risiko. Tetapi dengan memahami konsep HIRARC 2008, maka diharap HIRARC 2008 boleh ditambahbaik supaya penaksiran risiko yang dilaksana munasabah dan tepat. Setiap sektor industri adalah unik; risiko sektor A tidak sama dengan risiko sektor B, maka penambahbaikan HIRARC 2008 bersesuaian dengan keadaan sebenar sektor industri (atau lebih tepat, premis) adalah wajar. Kemungkinan (likelihood) dan Keterukan (severity) risiko berdasarkan HIRARC 2008 bersifat subjektif dan berfungsi memberi idea kepada pengguna untuk kelasan umum. Contoh, HIRARC 2008 menyatakan:

Kemungkinan (paling mungkin) – hazard/kejadian paling mungkin berlaku pada skala 5. Pengelasan bersifat subjektif ini boleh menjadi panduan kepada pihak industri untuk menambahbaik sesuai dengan keadaan premis mereka. Paling tepat berdasarkan statistik keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau rekod-rekod kemalangan nyaris atau data U See U Act sedia ada.  Pengelasan di bawah adalah contoh kelas kemungkinan risiko.

5 – berlaku suku tahunan (dalam masa 4 bulan)

4- berlaku dalam setengah tahun (dalam masa 6 bulan)

3- berlaku dalam masa setahun

2- berlaku dalam lima tahun

1- berlaku tidak kurang 10 tahun

Senario industri: Data U See U Act atau statistik menunjukkan objek jatuh dari tempat tinggi pernah berlaku dalam masa 4 bulan (suku tahunan). Maka kategori kemungkinan terletak pada kelas 5. Dengan ini, pengelasan yang pada asalnya bersifat subjektif menjadi lebih spesifik berdasarkan situasi semasa syarikat.

Perihal yang sama juga untuk kategori keterukan risiko. Maklumat tahap keterukan kemalangan juga boleh didapati berdasarkan statistik premis dan maklumat terperinci berdasarkan pelbagai sumber. Contoh: objek jatuh dari tempat tinggi berupaya menyebabkan keretakan cranial dan pendarahan serius (berdasarkan rujukan klinikal) atau rekod-rekod sedia ada premis atau luar.

Safety is not common sense

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai konsep keselamatan di tempat kerja khususnya berkaitan dengan ungkapan ‘Safety is not common sense‘.

Sebagai seorang pengamal keselamatan dan kesihatan, ungkapan ini tidak asing dalam dunia kerjaya kita. Namun sejauh mana kita memahami konsep tersebut dan mengamalkannya dalam dunia kerjaya kita sehari-hari?

Jadi dalam perkongsian tidak seberapa ini, saya cuba mengupas seringkas yang boleh untuk manfaat bersama.

Di tempat kerja, hazard & bahaya yang jelas (obvious hazards & dangers) boleh dikenalpasti secara ‘common sense‘. Ini tidak dinafikan. Namun itu tidak cukup. Aspek lain hazard yang lebih penting tidak dapat dilihat dengan pendekatan ini. Contoh yang boleh saya bawa;

Pekerja tahu mengendalikan bahan kimia adalah perbuatan berbahaya. Itu common sense. Namun pekerja tidak mengetahui ciri-ciri ‘perbuatan bahaya’ itu seperti hazard spesifik, apa akan berlaku jika kecuaian, jenis kecederaan, safety operating prosedure dan lain-lain. Nah, perkara ini bukan common sense, Ia memerlukan suatu tahap pengetahuan, kesedaran dan kemahiran.

Di sini timbul peranan sebenar kita selaku pengamal keselamatan dan kesihatan dalam menggerakkan aspek tersebut sampai ke pihak yang sepatutnya. Dalam konteks ini pihak pekerja khususnya dan pengurusan umumnya.

Contoh lain: Menyuruh pekerja memakai topi keselamatan dan memastikan chinstrap digunakan semata-mata tidak membawa impak kepada pekerja. Memakai safety helmet adalah common sense, tetapi nilai-nilai disebaliknya perlu jelas faham di kalangan pekerja.

Namun, memastikan pekerja membudayakan kerja selamat adalah cabaran dari perspektif lain. Apa yang penting mereka memahami ‘safety is not just common sense‘. Secara tidak langsung persepsi yang mengatakan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan hanya buat kerja common sense adalah nonsense.

#oshunisel #unisel #osh #ohs #safety #health #occupationalsafety

aku

Hari kidal sedunia

ILD

Hari ini merupakan hari kidal sedunia (International lefthanders day). Berbicara dalam konteks faktor manusia dan ergonomik ia suatu isu yang menarik dibincangkan. Mencakupi kupasan bagaimana peranan fisiologi, kinematik dengan rekabentuk peralatan; salingkait antaranya dll.

Selamat hari kidal sedunia!

Safety and Health Officer (SHO)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sebagai salah seorang tenaga akademik dalam bidang OSH, Unisel saya terlibat dalam penyediaan struktur program tersebut. Di bawah adalah sedikit pengenalan terhadap kursus yang ditawarkan.

Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kepujian)

Safety and Health Officer (SHO) merupakan kerjaya yang menumpukan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Skop pekerjaan SHO meliputi aspek keselamatan fizikal, persekitaran, keselamatan biologi, kimia, psikososial, ergonomik dan menekankan elemen kesihatan pekerja dan orang sekeliling.

Kekompetenan SHO bergantung kepada tahap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang SHO. Pengetahuan diperolehi ketika sesi pengajian secara formal atau tidak formal. Di UNISEL, sesi pengajian formal ditawarkan dalam kursus peringkat ijazah sarjana muda (Bachelor degree) keselamatan dan kesihatan pekerjaan selama empat tahun (8 semester) secara sepenuh masa. Struktur program mengandungi semua elemen teras keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pelajar didedahkan dengan sesi pembelajaran teori dan praktikal yang mana kedua-dua elemen ini penting ketika pelajar sudah bekerja kelak.

Para pelajar yang ditawarkan kursus Bac. OSH dilatih oleh tenaga pengajar berpengalaman di industri dan mempunyai latarbelakang akademik OSH yang kukuh. Terdapat tenaga pengajar merupakan bekas SHO yang bertauliah yang cukup berpengalaman untuk berkongsi pengalaman dan dikaitkan dengan elemen akademik yang diajar.

Manakala silibus program yang dikemaskini (uptodate) mengikut keperluan semasa pasaran OSH di Malaysia bagi memastikan para pelajar didedahkandengan fenomena OSH terkini di Malaysia dan antarabangsa. Pelajar didedahkan dengan pengalaman di industri ketika kajian kes, lawatan industri dan latihan praktikal.

Disamping pengajian di dalam kelas, para pelajar didedahkan dengan pelbagai program bagi membentuk sahsiah diri dan melatih mereka mengurus dan mentadbir sesuatu program. Untuk melihat gambar aktiviti yang pernah dilakukan, klik link berikut:

FB OSH Unisel & Gambar aktiviti

Selain itu, di peringkat pengajian ijazah sarjana muda (degree) para pelajar diwajibkan membuat penyelidikan (tesis) ketika di tahun akhir. Struktur penyelidikan tahun akhir ini menguji para pelajar terhadap semua ilmu teori dan praktikal yang telah dipelajari selama empat tahun. Mereka akan dibimbing oleh penyelia (supervisor) yang berpengalaman dan terlatih. Di akhir pembentangan tesis, para pelajar sudah memiliki asas yang kukuh dan boleh bekerja sebagai SHO yang mantap dari segi teori, praktikal dan sahsiah mereka.

Akhirkata, di UNISEL program pengajian Bac. of Occupational Safety and Health (Hons.) mempunyai objektif untuk menyediakan peluang pendidikan kepada individu yang berminat dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan; dibekalkan dengan asas pengetahuan dan kemahiran yang kuat serta menerapkan etika dan displin yang baik. Ini memastikan graduan yang dilahirkan KOMPETEN.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mari sertai keluarga OSH Unisel (‪#‎oshuniselian‬). Mohon sekarang di Laman web Unisel

‪#‎oshunisel‬ ‪#‎dosh‬ ‪#‎osh‬ ‪#‎safety‬ ‪#‎ohs‬ ‪#‎oshintake‬ ‪#‎jomjoinunisel‬ ‪#‎uniselbest‬

Ilmu asas seorang ahli ergonomik

Seorang ahli ergonomi (ergonomis) perlu memiliki ilmu pengetahuan seperti:

Anatomi dan fisiologi meliputi: antropometri (ilmu mengukur badan manusia); keupayaan fizikal, gangguan rangka-otot, kaitan umur dan keupayaan, penderiaan dan motor.

Persekitaran kerja meliputi: kebisingan, suhu sekeliling, penglihatan dan pencahayaan, getaran, rentak circadian, kelesuan fisiologi, daya-G, dan persekitaran hypoborik.

llmu saikologi, meliputi: perilaku dan pendirian, dorongan dan motivasi, tanggapan risiko, tekanan saikologi, budaya keselamatan, kerja berkumpulan, kemahiran membuat keputusan, keupayaan kognitif dan perilaku organisasi.

Orang dan sistem, termasuklah: sistem manusia-jentera,  elisiator pengetahuan dan teori sistem.

Kaedah dan peralatan, termasuklah: rekabentuk eksperimental, statistik dan teknik pengiraan dan pengukuran.

Sumber: Chartered Institute of Ergonomics and Human Factors

CIEHF-picture:

SINDROM PIRIFORMIS

Sindrom piriformis adalah keadaan yang mana otot piriformis merengsa saraf pinggul (sciatic nerve) menyebabkan sakit, kebas dan sakit mencucuk-cucuk sepanjang belakang pinggul hingga ke kaki. Keadaan ini berlaku apabila otot piriformis menghimpit saraf pinggul. Gejala gangguan saraf ini boleh berlaku akibat:

Dompet atau objek yang disimpan pada poket belakang seluar.

Posisi duduk yang tidak seimbang (menyenget) dan,

Duduk masa yang lama.

Ahli sukan berlari jarak jauh atau kerap berjalan menaiki-menuruni curam.

Ibu-ibu hamil: tulang pelvis melebar menyebab otot sekitarnya bersentuh dengan saraf pinggul.

Ibu-ibu hamil juga mengalami kecondongan pelvik untuk menampung berat bayi, yang menyebabkan otot-otot sekitar menyempit.

piriformis syndrome

Pesakit merasai sakit atau tidak selesa apabila hendak duduk, menaiki-menuruni tangga atau bertinggung. Kadangkala, sindrom piriformis sering disalah anggap sebagai sindrom cakera gelincir (herniated disc / slipped disc).

Cara merawat dan mencegah

  • RAWAT – Urutan bola tenis. Bola tenis yang diletakkan di sisi pinggul dan golekkan otot pinggul ke atas bola tersebut.
  • RAWAT – Urutan otot dasar (deep muscle massage) yang dilakukan oleh fisioterapis.
  • CEGAH – elakkan daripada duduk terlampau lama, pastikan postur duduk seimbang.
  • CEGAH – elakkan aktiviti berlari menaiki dan menuruni curam ketika sindrom ini berlaku.

Ergonomik berbilang peringkat

1) Ergonomik mikro (kupasan unsur-unsur fizikal)
2) Ergonomik makro (kupasan unsur-unsur sosial)
3) Ergonomik meso (kupasan unsur-unsur pengurusan maklumat)

Maklumat lanjut:

1) Joy Rivera-Rodriguez, A. & McGuire, K. Multi-Level Ergonomics: Determining How To Bound Your System. Proceedings of the Human Factors and Ergonomics Society Annual Meeting September, 2013, 57: 1104-1108.

2) Vedder, J., & Carey, E. 2005. A multi-level systems approach for the development of tools, equipment and work processes for the construction industry. Applied Ergonomics 36(4):471-80.