PENDEKATAN ERGONOMIK TANGANI CABRAN BEKERJA NORMA BAHARU

Prosedur operasi standard (SOP) membabitkan sektor industri di negara ini dibangunkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) adalah sebagai langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Laporan KKM menjelaskan gelombang ketiga pandemik COVID-19 di negara ini, sebahagian besarnya disumbang jangkitan tempat kerja. Ini dapat dilihat pada pertambahan drastik kluster tempat kerja dengan nilai kes melebihi 60 peratus.

Seawal Disember tahun lalu, kerajaan mulai agresif melakukan saringan kepada pekerja asing. Operasi pemeriksaan tempat kerja secara mengejut juga dilakukan bagi mengenal pasti premis industri tidak mengikut langkah pencegahan disyorkan.

Ergonomik ditakrifkan sebagai suatu bidang saintifik mengkaji dan memahami saling hubung manusia dengan persekitaran sistem kerja merangkumi fizikal, kognitif, psikososial dan organisasi.

Kupasan lanjut, klik pautan berikut: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/02/786296/pendekatan-ergonomik-tangani-cabaran-bekerja-norma-baharu

SIMPOSIUM KEBANGSAAN PSIKOLOGI PEKERJAAN 2020

Pada 20 Disember 2020 yang lalu telah berlangsung Simposium Kebangsaan Psikologi Pekerjaan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Persatuan Psikologi Malaysia. Terdapat lima tema utama merangkumi aplikasi psikologi pekerjaan dalam pengurusan sumber manusia, keselamatan dan kesihatan pekerja (KKP), pembangunan organisasi, latihan dan pembangunan pekerja serta penilaian psikologi dalam mengurus pekerja dan pekerjaan.

Saya berpeluang mengikuti sesi bagi tema ke-2 iaitu “Aplikasi psikologi dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP)”. Sesi pembentang daripada panel mencakupi peranan psikologi dalam memastikan KKP, stres pekerjaan dan keseimbangan kerja-kehidupan terhadap kesihatan mental. Sesi perbincangan bersama khalayak yang hadir secara maya bagi mendapatkan suatu resolusi untuk diutarakan. Lontaran pendapat dan cadangan merangkumi aspek psikososial tempat kerja, tekanan mental dan seumpamanya. Turut disentuh amalan pengurusan psikologi bagi sektor industri kecil dan sederhana (IKS). Ini kerana, bagi syarikat-syarikat gergasi dan multi-nasional mereka mempunyai sumber, struktur organisasi dan pengurusan psikologi pekerjaan yang baik. Berbeza bagi sektor IKS yang tidak mempunyai faktor-faktor seperti yang dinyatakan.

Berhubung perkara di atas, lontaran pandangan saya merangkumi peranan perundangan KKP dalam menjayakan sebuah wadah yang boleh dijadikan panduan kepada sektor industri IKS bagi mendepani isu yang dibangkitkan. Seksyen 4 (c) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) jelas menyatakan peruntukan terhadap perkara memastikan keselamatan, kesihatan & kebajikan orang sedang bekerja. Seksyen ini boleh dijadikan titik-tolak utama bagi menyediakan suatu panduan yang boleh dirangka. Bagi mengukuhkan seksyen 4 (c); seksyen 37, AKKP 1994 menghuraikan pembentukan dan kelulusan tataamalan industri (Industrial Code of Practice, ICOP). Atas timbangtara ini, ia boleh dijadikan pembuka jalan dalam pembentukan suatu bentuk tataamalan industri tertumpu terhadap tekanan psikologi dan kognitif terkait pekerjaan khusus untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Pendekatan tiga pihak (tripartite) terdiri daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Organisasi Pakar Bidang dan Pemain industri utama IKS.

Dengan kehadiran Pengarah JKKP Sarawak diharap sesi perbincangan sampai ke pihak yang lebih berperanan di peringkat Persekutuan. Khususnya melalui resolusi yang diputuskan berhasil. Moga suatu masa nanti akan terbentuk sebuah tataamalan pengurusan tekanan psikologi dan kognitif khusus untuk sektor industri IKS.

Terima kasih pihak Universiti Kebangsaan Malaysia di atas penganjuran program yang sungguh bermakna dan sarat nilai.

#psikologiindustri#faktormanusia#tabiatiorganisasi#tekananpsikologi#tekananmental

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA EL-HASBI

12c3977d-6367-4913-8bf8-a61f0c807a96dfea1c68-4cde-42c8-921c-11e06239b4a8Menjelang akhir tahun 2019, saya mengucapkan tahniah kepada El-Hasbi kerana berjaya menyiapkan FYP-nya (saya selaku penyelia bersama). Kajian beliau memberi tumpuan terhadap faktor risiko psikososial di tempat kerja. Tahun depan (tahun keempat pengajian), beliau akan menjalani latihan industri untuk mendapatkan pengalaman sebenar mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Lakukan yang terbaik!

Towards the end of 2019, I congratulate El-Hasbi for completing his FYP (I am his co-supervisor). His work focusing on psychosocial risk factors in the workplace. Next year (his fourth year) he will undergo industrial training to obtain real experience about occupational safety and health. Wish you all the best! Pictures caption: 1) El-Hasbi successfully submitted the hardbound thesis. 2) El-Hasbi successfully shared his findings at the colloquium.

fyp finalyearproject psychosocialrisks depression

Luput (lapse) dalam ralat manusia

Oleh: Dr Mohd Zubairy, Penyelidik Ergonomik Universiti Selangor

Luput atau terlupa (lapses) ialah kategori ralat manusia berlaku apabila keupayaan kognitif terbeban. Tumpuan fikiran terpaksa membahagi kepada beberapa pekerjaan atau terganggu disebabkan suatu faktor sehingga individu terlupa peringkat atau proses.

Contoh mudah:

1) Terlupa mengunci pintu kereta.
2) Tak ingat lokasi kita meletak kunci kereta.

Contoh dalam persekitaran industri:

Proses silo A dan silo B; operator di bilik kawalan sedang memberi tumpuan terhadap proses pengosongan silo berdasarkan prosedur. Namun, terganggu dengan isyarat kerdipan amaran panel silo B yang menyebabkan operator terlupa menutup injap no.2 ketika proses sedang berjalan.

Luput sering menjadi punca yang menyebabkan kemalangan berlaku dalam situasi kritikal selamat. Selain itu, ralat ‘tersilap’ juga menjadi penyumbang kepada kemalangan.

Notakaki:

Ralat manusia – human error
Luput – lapse
Silap – slip

#ralatmanusia #humanerror #faktormanusia #humanfactors #lapse #luput #lupa #cognitivedemand
human-error

Kursus asas ergonomik untuk ahli perniagaan dan kakitangan sumber manusia

Oleh: Dr Mohd Zubairy, Penyelidik Faktor Manusia & Ergonomik Universiti Selangor

Alhamdulillah, selesai berkongsi ilmu ergonomi bersama bakal-bakal ahli perniagaan (mungkin bakal menjadi seorang pengurus sebuah organisasi besar, mungkin juga seorang eksekutif sumber manusia). Jesteru kursus ringkas ini bermatlamat memberi pendedahan mengenai ilmu asas ergonomi kepada mereka. Moga beroleh manfaat, InsyaAllah.

Sebagai individu yang berperanan dalam hal-ehwal sumber manusia/pengurusan, aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di bawah mereka menjadi tanggungjawab yang perlu diberi perhatian. Sejajar dengan iltizam ini, dedahan terhadap ilmu keselamatan dan kesihatan amat perlu; antaranya ilmu asas ergonomi. Ergonomi merupakan satu bidang yang mementingkan saling-hubung (interaction) pekerja dan persekitaran kerja mereka yang merangkumi mesin/alatan/persekitaran mikro dan makro. Saling-hubung yang baik dapat mencegah kemalangan dan kecederaan, gangguan saikologi (spt tekanan perasaan, motivasi negatif), kerosakan serta persekitaran yang terjejas.

Kursus ini sesuai untuk golongan:

  1. Pengurus besar
  2. Pengurus & eksekutif sumber manusia
  3. Pengurusan & eksekutif pengeluaran
  4. Pengurus & eksekutif pemasaran

Pekerja merupakan aset penting sesebuah organisasi syarikat. Tanpa mereka keuntungan tidak dapat dicapai.

Ceramah ergoceramah ergo 2