Penilaian hasil penyelidikan

penilaian

Selaku penilai pembentangan hasil penyelidikan pelajar Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kepujian). Kajian-kajian yang dihasilkan oleh pelajar dilakukan di sektor industri; oleh yang demikian dapatan kajian  mereka sedikit sebanyak berguna untuk mengetahui pola dan perkembangan terkini isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.

Advertisements

Perkembangan penyelidikan anak didik

pembentangan.jpg

Diskusi protokol pengumpulan data. Mereka akan bermastautin di kilang pemasangan otomatif di Pekan, Pahang. InsyaAllah ada beberapa orang lagi anak didik akan melaksanakan projek penyelidikan mereka tahun depan. Kepada rakan-rakan yg memerlukan pelajar utk buat kajian kes berkaitan OSH bolehlah hubungi saya nanti. Insyaallah kalian akan berpuas hati dengan sumbangan mereka. 

Mohd Zubairy Ergonomist

Penyelidikan Ergonomik

fyp-izzatifyp-izzati-2

Alhamdulillah, pelajar seliaan saya (Nur Izzati Samsudin) membentangkan hasil penyelidikannya. Kajian tertumpu aspek ukurbadan (antropometri), postural anggota dan fisiologikal (genggaman).

Manfaat Praktikaliti: rekabentuk alatan/perkakasan tangan industri berdasarkan faktor antropometri, fisiologi dan postural.

#ergonomik #faktormanusia #fisiologi #postural #antropometri#oshunisel #unisel Mohd Zubairy Ergonomist Ergonomik UK

 

Intipati ergonomik dalam sains tatakerja dan manusia

Untuk mengkaji tingkahlaku pekerjaan, pendekatan yang tersusun perlu dilakukan. Memetik ulasan Ismail Bahari (Professor Keselamatan Pekerjaan dan Sinaran, UKM); bidang keselamatan dan kesihatan perlu dilihat secara bersistem, sistematik dan sistemik. Bersistem ditakrifkan sebagai set bahagian yang berhubung atau saling bergantungan membentuk sistem bersepadu. Manakala sistematik adalah tindakan atau proses yang dilakukan mengikut suatu rancangan tetap atau teratur. Dan sistemik pula merangkumi sistem tersebut secara menyeluruh.

Sebagai contoh sebuah jentera yang beroperasi disebabkan hubungan sub-bahagian jentera yang terdiri dari kawalan operasi, peranti pemindahan dan titik sentuhan (operational control, transmission devices and point of contacts). Mekanisma operasi jentera tersebut merangkumi gagasan sistem-sistematik-sistemik.

Oleh yang demikian untuk mengkaji kerja, ia perlu dilihat dari sudut pandang sistem kerja itu sendiri. Sistem kerja memberi tumpuan kepada hubungan antara manusia (pekerja), mesin & rekabentuk antaramuka (Bridger, 2003) dan persekitaran kerja. Dengan ringkasnya digelar saling-hubung tiga serangkai manusia-mesin-persekitaran.

Berdasarkan gambarajah di bawah, manusia (H), jentera (M) dan persekitaran kerja (E) terangkum di dalam satu persekitaran besar. Saling-hubung manusia-jentera-persekitaran memerlukan input tenaga, bahan dan pengetahuan untuk menghasilkan output-produk, tenaga dan pengetahuan. Saling-hubung manusia-jentera-persekitara kerja juga menghasilkan produk yang tidak dikehendaki seperti janaan suhu, bunyi bising, produk yang cacat dll.  Kecederaan, gejala ketidakhadiran dan kemalangan juga diambilkira sebagai sisa-sisa yang terhasil akibat dari saling-hubung manusia-jentera-persekitaran.

Peranan sains tatakerja dan ergonomik tertumpu kepada keserasian saling-hubung ketiga-tiga entiti di atas.

intipati ergonomik

Apakah hubungan Ergonomik dan Ekonomi? Ergonomik itu ekonomi?

Seperti yang dibincangkan, ilmu ergonomik mendapat tempat dalam rekabentuk & rekahias sesuatu produk dan persekitaran kerja.

Terdapat tiga wacana ergonomik yang bermanfaat kepada ekonomi yang dicadangkan oleh Bridger (2003):

  1. Keberkesanan unggul (Efficacy)

  2. Keberkesanan (Effectiveness)

  3. Kecekapan (Efficiency)

Keberkesanan unggul bermaksud apa-apa pekerjaan yang dilakukan dalam keadaan sempurna tanpa mengambil kira kekangan dari pekerja, persekitaran dan peralatan.

Manakala keberkesanan bermaksud apa-apa pekerjaan yang dilakukan dalam keadaan biasa/normal.

dan kecekapan boleh ditakrifkan sebagai sebarang pekerjan yang dilakukan dengan mengambil kira faktor penjimatan sumber berbanding penggunaan.

Rujukan

Bridger R. 2003. Introduction to Ergonomics. London. 3rd edition. UK. Taylor & Francis.

Ukurbadan

Antara unsur yang diambilkira dalam ukurbadan adalah ukuran pegun dan dinamik. Ukuran pegun meliputi ukuran anggota tubuh seperti panjang tangan, lebar bahu dan lain-lain. Manakala ukuran dinamik adalah kajian pelbagai fungsi dan corak pergerakan anggota badan yang meliputi pergerakan seperti radius capaian tangan dan kaki.

Untuk ukuran pegun, kaedah traditional biasa digunakan. Kaedah ini menggunakan pita pengukur untuk mengira postur badan ketika pegun. Walaubagaimanapun, kaedah terkini iatu menggunakan imbasan 3 matra (3D) adalah lebih cepat, mudah dan tepat. Pengimbas 3D boleh mendapatkan ukuran tanpa sentuhan badan, ini secara tidak langsung mempercepatkan masa dan kurang invasif (Liu dan Kennon, 2006)

Bagi ukuran postur badan dinamik, goniometer digunakan untuk membantu subjek untuk mengekalkan postur yang betul apabila ukuran diambil. (Zheng et al, 2007; Huck, 1991).

Antara kajian terkini yang boleh dirujuk adalah:

Y.J. Wang, P.Y. Mok, Y. Li & Y.L. Kwok. 2011. Body measurements of Chinese males in dynamic postures and application. Applied Ergonomics 42:900-912.

Rujukan:

Liu, C., Kennon, R., 2006. Body scanning of dynamic posture. International Journal of Clothing Science and Technology 18(3):166-178.

Zheng, R., Yu, W., Fan, J.T. 2007. Development of a new Chinese bra sizing system based on breast anthropometric measurements. International Journal of Industrial Ergonomics 37:697-705.

ukurbadan 2