Penyakit rangka-otot (slipped disc)

“..doktor mengesahkan dia menghidapi penyakit ‘slipped disc’ dan perlu menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRBP) yang dijadualkan pada minggu ini.

Malah katanya, doktor turut menasihatinya supaya tidak melakukan sebarang kerja yang berat bagi mengelakkan saraf di antara pinggang dan kakinya supaya tidak menjadi lebih teruk.” – Dibuang kerja kerana jatuh sakit

Penyakit rangka-otot ‘slipped disc‘ adalah penyakit menampakkan kesan selepas jangkamasa panjang. Kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa kita menghidapinya sehingga ke tahap kritikal. Rasa sakit tidak akan terasa sekiranya cakera yang tertonjol tidak menyentuh atau menekan saraf.

Faktor risiko:

– Umur
– Obesiti
– Kerja manual (mengangkat beban berat)
– Kerja manual (menarik dan menolak beban)
– Dedahan getaran seluruh badan (whole body vibration)
– Merokok

penyakit rangka-otot

Advertisements

Halatuju ergonomik tahun 2018

Slide1Tahun 2017 telah melabuhkan tirai mempamerkan pelbagai isu dan kejayaan. Lembaran 2018 dibuka dengan harapan dan misi baharu untuk diselesaikan. Dimanakah halatuju ergonomik pada tahun ini? Statistik penyakit rangka-otot pekerjaan PERKESO untuk sela-tahun 2012 hingga 2014 memberi petunjuk bahawa jumlah pampasan penyakit rangka-otot adalah tinggi berbanding pampasan penyakit pekerjaan lain. Bagi menangani isu ini, pihak-pihak berkepentingan telah mencadangkan pelbagai program antaranya adalah SOHELP.

Program SOHELP dicetus oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi menangani isu keselamatan dan kesihatan tempat kerja menunjukkan prestasi positif khususnya berkaitan ergonomik industri. Penglibatan pihak JKKP bersama-sama industri mengembleng tenaga dengan pelbagai program proaktif seperti latihan, pemeriksaan tempat kerja dll. dilaksanakan secara sistematik. Konsep diketengahkan dalam SOHELP menerapkan pendekatan ‘Participatory ergonomics‘ melibatkan pembentukan pasukan ergonomik merangkumi ahli dari pelbagai jabatan dan peringkat dalam organisasi. Kaedah ini berbeza dengan pendekatan konvensional melibatkan faktor peruding luar untuk menilai risiko penyakit rangka-otot dan mencadangkan langkah-langkah kawalan secara keseluruhan yang pastinya melibatkan kos yang tinggi. Ini secara tidak langsung menunjukkan Participatory ergonomics (PE) memberi manfaat dari segi kos dan pengurusan kepada industri.

PE telah mula dibicarakan sejak tahun 1984 untuk menangani isu-isu penyakit rangka-otot disebabkan pekerjaan dan mula diberi perhatian sejak akhir-akhir ini. Situasi tersebut menunjukkan pendekatan akar umbi sesebuah organisasi menangani isu ergonomik sangat perlu. Beberapa kajian membuktikan PE mampu menurunkan kadar kemalangan dan kecederaan rangka-otot di kalangan pekerja.

Sebagai kesimpulan, saya menjangkakan lanskap program ergonomik 2018 akan menunjukkan perkembangan sihat dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.

Informasi mengangkat beban Fuji Xerox

Sedang membelek-belek kertas untuk dicetak, terpandang info terpampang pada kotak kertas tersebut. Informasi berkenaan kendalian manual (manual handling). Anggaran berat sekotak kertas adalah 12.5 kg. Jika kita masih ingat beban ideal yang boleh diangkat oleh individu tanpa menyebabkan kecederaan adalah 23 kg (Waters, 1994). Bermaksud tiada faktor risiko beban menjauhi badan, pulasan pinggang, membongkok, keadaan pemegang yang baik dll. Dengan kata lain beban 23 kg boleh diangkat pada kedudukan buku lima (knuckles). 

Namun, sekiranya beban menjauhi badan, kedudukan semakin rendah dll., ia menyebabkan beban yang boleh dikendali semakin berkurang. Pada kedudukan kotak di lantai dan sedikit jauh dari kedudukan kaki menyebabkan individu perlu membongkok untuk mengangkat. Keadaan ini meningkatkan risiko kecederaan belakang. Carta had beban boleh diangkat menunjukkan beban selamat pada kedudukan tersebut adalah antara 5 hingga 10 kg sahaja. Beban 12.5 kg melebihi beban selamat yang boleh diangkat dengan keadaan postur sebegitu. Oleh yang demikian langkah-langkah mengangkat secara selamat perlu dilakukan. Syarikat Fuji Xerox Malaysia mensyorkan mengangkat kotak dengan keadaan lutut dibengkokkan, bukan belakang.

Maklumat bermanfaat ini sekurang-kurangnya memberi penjelasan mengenai tatacara mengangkat beban dengan selamat.

mmh weight