Selesa atau Tidak Selesa

Bicara soal ergonomik, tak sah kalau kita tidak menyebut faktor keselesaan. Falsafah ergonomik adalah membentuk keserasian antara manusia dengan pekerjaan dan persekitaran (manusia-kerja-persekitaran).

Selesa adalah perkara subjektif dan relatif. Lain orang lain persepsi dan manifestasi mereka terhadap keselesaan. Individu A tidak semestinya merasa selesa seperti yang dirasai oleh individu B tentang sesuatu keadaan.

Keselesaan individu dimanifestasi oleh deria mata, telinga, hidung, mulut, lidah dan kulit yang mempengaruhi persepsi, mood dan keadaan sedar individu.

Teori keselesaan Looze

Looze mengatakan keselesaan individu dipengaruhi elemen-elemen ini:

1. Sejarah (pengalaman individu)
2. Keadaan semasa (ketika waktu tertentu)
3. Pancaindera (mata, hidung dll. Seperti yang dinyatakan di atas)
4. Pergerakan dan postur

Memetik elemen pertama, Faktor pengalaman mempengaruhi respon individu terhadap keselesaan. Ini boleh digambarkan dengan situasi berikut: kerusi tidak boleh laras mendatangkan rasa ketidakselesaan di kalangan individu negara dunia maju berbanding mereka dari negara dunia ketiga yang sudah biasa dengan situasi tersebut.

Isu di atas dikupas dalam skop sosio-demografi dan budaya setempat. Keselesaan dalam konteks ini bersifat etnik (ergonomik budaya – cultural ergonomics).

Komuniti ergonomis menyedari bahawa intervensi ergonomik perlu mengambilkira faktor budaya dan etnik. Keperluan untuk memahami budaya sesebuah masyarakat memberi peluang dan manfaat dari sudut menilai dan rekabentuk sistemkerja/produk yang bersesuaian kepada golongan sasaran.

comfortable

#ergonomics #comfortable #design #culturalergonomics#keselesaan #ergonomik

Advertisements

Penyakit rangka-otot (slipped disc)

“..doktor mengesahkan dia menghidapi penyakit ‘slipped disc’ dan perlu menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRBP) yang dijadualkan pada minggu ini.

Malah katanya, doktor turut menasihatinya supaya tidak melakukan sebarang kerja yang berat bagi mengelakkan saraf di antara pinggang dan kakinya supaya tidak menjadi lebih teruk.” – Dibuang kerja kerana jatuh sakit

Penyakit rangka-otot ‘slipped disc‘ adalah penyakit menampakkan kesan selepas jangkamasa panjang. Kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa kita menghidapinya sehingga ke tahap kritikal. Rasa sakit tidak akan terasa sekiranya cakera yang tertonjol tidak menyentuh atau menekan saraf.

Faktor risiko:

– Umur
– Obesiti
– Kerja manual (mengangkat beban berat)
– Kerja manual (menarik dan menolak beban)
– Dedahan getaran seluruh badan (whole body vibration)
– Merokok

penyakit rangka-otot

Halatuju ergonomik tahun 2018

Slide1Tahun 2017 telah melabuhkan tirai mempamerkan pelbagai isu dan kejayaan. Lembaran 2018 dibuka dengan harapan dan misi baharu untuk diselesaikan. Dimanakah halatuju ergonomik pada tahun ini? Statistik penyakit rangka-otot pekerjaan PERKESO untuk sela-tahun 2012 hingga 2014 memberi petunjuk bahawa jumlah pampasan penyakit rangka-otot adalah tinggi berbanding pampasan penyakit pekerjaan lain. Bagi menangani isu ini, pihak-pihak berkepentingan telah mencadangkan pelbagai program antaranya adalah SOHELP.

Program SOHELP dicetus oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi menangani isu keselamatan dan kesihatan tempat kerja menunjukkan prestasi positif khususnya berkaitan ergonomik industri. Penglibatan pihak JKKP bersama-sama industri mengembleng tenaga dengan pelbagai program proaktif seperti latihan, pemeriksaan tempat kerja dll. dilaksanakan secara sistematik. Konsep diketengahkan dalam SOHELP menerapkan pendekatan ‘Participatory ergonomics‘ melibatkan pembentukan pasukan ergonomik merangkumi ahli dari pelbagai jabatan dan peringkat dalam organisasi. Kaedah ini berbeza dengan pendekatan konvensional melibatkan faktor peruding luar untuk menilai risiko penyakit rangka-otot dan mencadangkan langkah-langkah kawalan secara keseluruhan yang pastinya melibatkan kos yang tinggi. Ini secara tidak langsung menunjukkan Participatory ergonomics (PE) memberi manfaat dari segi kos dan pengurusan kepada industri.

PE telah mula dibicarakan sejak tahun 1984 untuk menangani isu-isu penyakit rangka-otot disebabkan pekerjaan dan mula diberi perhatian sejak akhir-akhir ini. Situasi tersebut menunjukkan pendekatan akar umbi sesebuah organisasi menangani isu ergonomik sangat perlu. Beberapa kajian membuktikan PE mampu menurunkan kadar kemalangan dan kecederaan rangka-otot di kalangan pekerja.

Sebagai kesimpulan, saya menjangkakan lanskap program ergonomik 2018 akan menunjukkan perkembangan sihat dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.

Informasi mengangkat beban Fuji Xerox

Sedang membelek-belek kertas untuk dicetak, terpandang info terpampang pada kotak kertas tersebut. Informasi berkenaan kendalian manual (manual handling). Anggaran berat sekotak kertas adalah 12.5 kg. Jika kita masih ingat beban ideal yang boleh diangkat oleh individu tanpa menyebabkan kecederaan adalah 23 kg (Waters, 1994). Bermaksud tiada faktor risiko beban menjauhi badan, pulasan pinggang, membongkok, keadaan pemegang yang baik dll. Dengan kata lain beban 23 kg boleh diangkat pada kedudukan buku lima (knuckles). 

Namun, sekiranya beban menjauhi badan, kedudukan semakin rendah dll., ia menyebabkan beban yang boleh dikendali semakin berkurang. Pada kedudukan kotak di lantai dan sedikit jauh dari kedudukan kaki menyebabkan individu perlu membongkok untuk mengangkat. Keadaan ini meningkatkan risiko kecederaan belakang. Carta had beban boleh diangkat menunjukkan beban selamat pada kedudukan tersebut adalah antara 5 hingga 10 kg sahaja. Beban 12.5 kg melebihi beban selamat yang boleh diangkat dengan keadaan postur sebegitu. Oleh yang demikian langkah-langkah mengangkat secara selamat perlu dilakukan. Syarikat Fuji Xerox Malaysia mensyorkan mengangkat kotak dengan keadaan lutut dibengkokkan, bukan belakang.

Maklumat bermanfaat ini sekurang-kurangnya memberi penjelasan mengenai tatacara mengangkat beban dengan selamat.

mmh weight

Sakit belakang: nampak remeh tapi signifikan

Perkongsian ringkas mengenai sakit belakang. Sakit belakang merupakan penyakit rangka-otot yang paling lazim berlaku di kalangan pekerja khususnya yang berumur 45 tahun ke bawah; dengan kata lain golongan belia yang masih aktif bekerja. Perkongsian slid taklimat ringkas yang boleh dimanfaatkan bersama-sama pekerja ketika sesi mesyuarat keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau sesi ‘toolbox talk‘. Klik pautan di bawah untuk muat turun:

Sakit belakang: nampak remeh tapi signifikan

Penilaian risiko ergonomik (Ergonomic risk assessment)

Penilaian risiko ergonomik bermatlamat untuk menaksir risiko gangguan rangka-otot pekerjaan yang wujud di tempat kerja. Ia merangkumi penaksiran stesenkerja, proses kerja dan ciri-ciri individu pekerja. Prosedur penilaian menyediakan siasatan terperinci beban kerja untuk satu-satu jenis pekerjaan. Terdapat dua jenis penilaian risiko ergonomik:

  1. Penilaian risiko proaktif (safety intervention program), dan
  2. Penilaian risiko berdasarkan laporan PERKESO atau perubatan

Penaksiran risiko ergonomik

OSHA1994

Penaksiran ergonomik industri mahu tidak mahu perlu merujuk kepada keperluan undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) adalah akta yang menjadi rujukan untuk sebarang isu keselamatan dan kesihatan tempat kerja. Dalam konteks ergonomik dan faktor manusia, seksyen 15, 17 & 20 sering menjadi rujukan utama. Walaubagaimanapun, akta ini merupakan perundangan berkonsepkan pengaturan kendiri dan umum. Jadi, peruntukan dan arahan yang dinyatakan bersifat abstrak dan tidak spesifik. Selalunya akta ini disokong dengan perundangan yang lebih spesifik seperti Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139). Akta ini mempunyai pendekatan lebih tertumpu dan boleh menjadi justifikasi kuat bersama peruntukan undang-undang dan piawaian sedia ada. Antara piawaian yang boleh menjadi rujukan; Piawaian SIRIM (Piawaian Malaysia), piawaian British, Australia dan lain-lain. Sebagai contoh piawaian MS ISO 9241-910:2012 menjurus terhadap faktor interaksi manusia-sistem dalam ergonomik.

Boleh muat turun pindaan akta kilang dan jentera di sini: Akta Kilang dan Jentera 1967

DAN muat turun akta keselamatan dan kesihatan di sini: Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Penaksiran Risiko Ergonomik

Pada 14 dan 15 Februari 2017 yang lalu, sesi penaksiran risiko ergonomik dilaksanakan di lynas Malaysia Sdn Bhd bertempat di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan. Program ini bermatlamat untuk mengenalpasti faktor risiko yang berpotensi menyebabkan gangguan rangka-otot pekerjaan dalam skop pekerjaan kendalian manual di beberapa sektor dan proses rutin dan kritikal premis. Penilaian risiko diketuai oleh Prof. Shukor dibantu oleh saya dan rakan.

Lynas Malaysia Sdn. Bhd. merupakan sebuah loji pemprosesan bahan nadir bumi yang terkandung dalam tanah. Produk akhir yang dihasilkan digunapakai dalam industri elektrik dan elektronik yang amat penting dalam teknologi termaju masakini.

Program meliputi empat peringkat iaitu, taklimat tugas merangkumi skop penilaian, lokasi dan individu pekerja yang terlibat. Kemudian disusuli dengan penilaian lapangan merangkumi analisis tugas, pemerhatian dan rekod aktiviti pekerjaan yang berisiko. Sesi temubual bersama pekerja dilaksana bagi  memastikan maklumat-maklumat penting diperolehi terus daripada mereka. Respons mereka penting untuk menguatkan dapatan pemerhatian dan analisis tugas. Alhamdulillah para pekerja memberi kerjasama yang amat baik.

Program penaksiran ergonomik merupakan salah satu langkah proaktif untuk mengurangkan risiko pekerjaan di industri khususnya melibatkan isu kesihatan pekerjaan. Pihak premis yang telah melaksanakan program penaksiran ergonomik dapat menjimatkan kos rawatan dan kecederaan pekerjaan mencapai 70% selepas intervensi ergonomik dilakukan. Pendek kata, program sebegini  memberi serampang dua mata kepada pihak syarikat dalam meningkatkan produktiviti sekaligus reputasi cemerlang tercapai.

lynas

Analisis tugas

Apakah yang kita tahu mengenainya? Bagaimana hendak laksana? Pendekatan mudah?

Analisis tugas adalah huraian pekerjaan secara terperinci yang dipecahkan kepada tugas-tugas kecil. Masih ingat KERJA sebagai sistem? Maka, sistem boleh dipecahkan kepada sub-sistem. Setiap sub-sistem diperincikan kepada elemen yang hendak kita kenalpasti spt faktor risiko, sela-masa dll. Terdapat pelbagai pendekatan analisis tugas seperti analisis tugas berhirarki dan analisis tugas kognitif.

task-analysis

Lampiran rajah: Task analysis – the ergonomics kit for general industry, Dan MacLeod 2nd Edition, 2006. M/s 290

#ergonomik #faktormanusia #analisistugas #ergonomics #humanfactors #healthandsafety