GALAS BEG SEKOLAH BERAT – APAKAH KESANNYA?

Oleh Zubairy Ergonomist

Hari ini, komuniti Ergonomik dan Faktor Manusia Malaysia (HFEM) berdiskusi mengenai pekeliling pejabat kesihatan yang merujuk isu pelajar sekolah menggalas beg berat khususnya di kalangan pengidap scoliosis (tulang belakang bengkok). Ia suatu perbincangan yang membina dan bermanfaat untuk mencari langkah kawalan yang bersesuaian.

Namun apa yang lebih penting adalah isu menggalas beg berat di kalangan kanak-kanak boleh mendatangkan kesan tidak baik pada struktur tubuh khususnya postur. Tidak semestinya tumpuan hanya diberi kepada pelajar-pelajar yang mengidap scoliosis. Ini kerana, pada usia kanak-kanak, tumbesaran sedang aktif berlaku. Beban yang berlebihan berupaya merosakkan tumbesaran tulang dan memberi kesan buruk di kemudian hari.

Kanak-kanak menghadapi risiko jangka panjang dan kerosakan kekal struktur badan jika kerap membawa beban melebihi 15% – 17% dari berat badan mereka.

Sindrom ketidakimbangan bahu (shoulder imbalance), membongkok dan masalah kawalan nafas adalah kesan yang boleh berlaku sekiranya kanak-kanak mengalas beg berat setiap hari.

Terdapat beberapa langkah kawalan yang telah dan sedang dilaksanakan seperti sistem simpanan buku teks di sekolah, jadual sekolah dua sesi dan lain-lain. Namun, terdapat pro dan kontra setiap satunya.

Sebagai ibubapa kita boleh memain peranan dengan memantau berat beg sekolah anak. Caranya mudah:

1) Beli penimbang beg (penimbang kembara – travelling weight scale),

2) Timbang beg anak-anak kita,

3) Buat kiraan dengan mengambil faktor 15% had maksimum boleh diangkat berdasarkan berat badan. Contoh sekiranya berat badan anak kita 40kg, maka 15% daripada 40kg adalah 6kg. Maka berat yang boleh diangkat oleh anak kita adalah 6kg sahaja. Sekiranya berat beg melebihi (>6kg) maka kita perlu buat sesuatu.

Membekalkan anak-anak dengan beg beroda tidak dapat menangani isu beg berat. Dengan adanya roda, makin bertambah berat dengan buku-buku dan lain-lain barang berikutan dengan kecenderungan untuk menambah bilangan buku boleh berlaku di kalangan pelajar dan guru. Masalah bakal terjadi apabila lokasi kelas pelajar berada di tingkat dua dan ke atas. Mengusung beg beroda dan berat dari satu tingkat ke tingkat mendatangkan risiko lain pula. Atau ketika menaiki bas atau van sekolah. Walaubagaimanapun, pendekatan beg beroda boleh mencegah risiko badan membongkok, tetapi tidak dapat menangani isu beg berat.

sweet little girl carrying very heavy backpack or schoolbag full

sweet little girl carrying heavy backpack or school bag full causing stress and pain on back due to overweight isolated on white background

Akhirkata, beban yang berlebihan boleh mendatangkan kesan tidak baik terhadap postur kanak-kanak. Di usia kanak-kanak, tumbesaran masih aktif, sebarang kecacatan dan kecederaan berlaku pada struktur tubuh seperti tulang berupaya mendatangkan kecederaan dan kecacatan kekal pada mereka. Sebagai ibubapa, kita boleh memain peranan demi keselamatan dan kesihatan anak-anak kita.

Advertisements