Penyokong belakang (back support)

Berdasarkan penelitian pelbagai sumber makalah penyelidikan/sorotan literatur dan pendapat pakar, dirumuskan kelebihan (PRO) dan kekurangan (CON) pemakaian penyokong belakang:

  1. Penyokong belakang berfungsi untuk menghadkan pergerakan belakang bagi individu yang mengalami gejala sakit pinggang/belakang. (PRO)
  2. Penyokong belakang berperanan menyokong otot utama belakang ketika sakit. (PRO)
  3. Penyokong belakang menjadi ‘reminder’ supaya mempraktiskan amalan mengangkat yang betul. (PRO)
  4. Penyokong belakang membentuk persepsi, “kita selamat jika mengangkat dalam apa jua keadaan”. (CON)
  5. Penyokong belakang menyebabkan ketidakselesaan untuk bernafas. (CON)
  6. Penyokong belakang menghadkan pengaliran darah pada otot pinggang. (CON)

Penyokong belakang bertindak sebagai elemen PASIF dalam mengurangkan sakit belakang. Untuk CEGAH kecederaan otot/pinggang/tulang belakang, pendekatan PROAKTIF perlu diberi penekanan. Pendekatan proaktif bermaksud, melaksanakan tindakan-tindakan yang mencegah, menambahbaik proses kerja-persekitaran dan meminima risiko penyakit rangka-otot belakang.

Bagaimana sekiranya masih hendak memakai penyokong belakang ketika bekerja? BOLEH, tetapi perlu mengambilkira faktor-faktor berikut:

  1. Perlu sentiasa peka terhadap fungsi penyokong belakang. PENYOKONG BELAKANG BUKAN TIKET UNTUK MEMBUAT KERJA-KERJA BERAT YANG BERISIKO.
  2. Perlu menganggap penyokong belakang DICIPTA UNTUK INDIVIDU YANG SAKIT BELAKANG, BUKAN UNTUK PEKERJA SIHAT.

Saya petik rumusan yang dibuat oleh NIOSH, US (1996) yang perlu diberi perhatian:

  1. Kurangnya bukti saintifik mengatakan memakai penyokong belakang boleh mencegah kecederaan belakang.
  2. Pekerja memakai penyokong belakang cenderung untuk mengangkat beban lebih berat berbanding ketika mereka tidak memakainya. Mereka beranggapan kalau pakai penyokong belakang boleh menyelamatkan diri dari tercedera.
  3. Majikan atau pekerja perlu memikirkan kaedah terbaik mengurangkan risiko berbanding bergantung sepenuhnya dengan memakai penyokong belakang.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya program ergonomik yang komprehensif dilaksanakan sebagai tindakan PROAKTIF majikan. Program ergonomik komprehensif merangkumi:

  1. Penilaian risiko gangguan rangka-otot pekerjaan (mengenalpasti faktor risiko, menaksir risiko dan mencadangkan langkah-langkah kawalan bersesuaian)
  2. Kursus kesedaran bekerja selamat ergonomik (faktor risiko, sebab-akibat, kesan, tatacara kerja yang betul dll).
  3. Latihan cara mengangkat dengan betul.
  4. Latihan cara pengendalian manual selamat (safe manual material handling)
  5. Kempen cara kerja sihat dan selamat.
  6. Perlaksanaan program secara berterusan dari masa ke semasa.

backsupport

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s