Bagaimana anda pilih kasut?

Selalunya kita memilih kasut berdasarkan rupanya (nilai estetik). Nampak cantik dan agak sesuai dengan citarasa, kasut itu yang akan dipilih. Tetapi adakah kasut tersebut sesuai dengan kaki anda?

Kaki manusia terdiri dari pelbagai saiz dan bentuk. Ketika berjalan, tapak kaki memain peranan dalam keseimbangan pergerakan. Tapak kaki manusia mempunyai lengkung (feet arch). Secara umum ada tiga jenis lengkungan tapak kaki:

1) Normal
2) Mendatar
3) Tinggi

Macam mana nak tahu lengkung tapak kaki anda? Cuba cara ini:

1) Sediakan sekeping kertas dan air yang mencukupi,
2) Basahkan kedua-dua belah kaki,
3) Letakkan kaki pada kertas selama 10 saat,
3) Periksa kategori lengkung tapak kaki anda (rujuk gambar yang dilampirkan),

Berdasarkan jenis lengkung ini, pilih kasut yang bersesuaian. ATAU; Dah pilih kasut yang anda minati tapi tak sesuai pula dengan lengkung kaki.

JANGAN RISAU. cari ‘INSOLES’ yang padan. Insoles adalah bahagian dalam kasut yang bertindak sebagai penyokong tapak kaki. Ada dijual berasingan untuk menyokong tapak kaki anda.

*Tip Kasut: Periksa tapak kasut yang kerap anda pakai. Kelihatan corak haus pada tapak. Ia menunjukkan cara anda berjalan dan bahagian mana yang kerap menerima tekanan (lampiran gambar terakhir menunjukkan bahagian yang kerap haus – warna merah).

“Biar selesa tapi bergaya”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s