Coretan COSH 2018

Selesai Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2018, atau ringkasnya COSH2018 selama dua hari (24 & 25 September 2018) bertemakan mempertingkatkan OSH dalam era baru digital (Enhancing OSH in new digital era). Tema ini memberi isyarat bahawa keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di Malaysia khususnya perlu seiring bergerak dengan revolusi industri 4.0. Acara seumpama ini berjaya menghimpun pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan, cendiakawan, penyelidik dan pelajar dari pelbagai sektor industri, institusi pendidikan tinggi dan NGO. Pujian harus diberi kepada Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara (National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) kerana berjaya menganjurkan acara ini dengan jayanya buat kali ke-21.

Antara intipati persidangan yang boleh mendapat perhatian para pengamal KKP: Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bakal dipinda – Timbalan Menteri Sumber Manusia. “Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) akan dipinda bagi memperkemaskan lagi peraturan sedia ada mengikut keperluan semasa,” kata Dato’ Mahfuz Omar. Pindaan bakal dibentangkan dalam persidangan dewan rakyat Oktober ini. Pindaan tersebut secara tidak langsung memberi wawasan baharu dalam fokus, skop dan perlaksaaan AKKP 1994 kelak.

Selain itu terdapat lebih dari 10 pembentangan kertas penyelidikan dan perkongsian ilmu individu pelbagai sektor. Antara perkongsian yang menarik: Occupational Health in the Digital Era oleh Dr. Abu Hasan Samad (ahli lembaga pengarah NIOSH), Enforcement of OSH in the Digital Era oleh Ir. Hj. Omar Mat Piah (Ketua Pengarah JKKP – Department of Occupational Safety and Health dan Social Security in the Digital Era oleh Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato’ Aziz Mohammed – Dr. Azman Aziz (Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO – Pertubuhan Keselamatan Sosial ). Perkongsian yang membuka perspektif KKP dalam mengharungi era digital baharu.

COSH2018 telah menutup tirainya, tetapi NIOSH bakal menganjurkan satu lagi persidangan besar iaitu SciCOSH2018 pada 28 dan 29 November 2018. Persidangan tertumpu kepada penyelidikan saintifik dan pembangunan KKP. SciCOSH 2018 bakal diwarnai dengan penyelidik-penyelidik dalam dan luar negara berkongsi hasil penemuan kajian dan peluang penyelidikan yang boleh diterokai. Jumpa di sana nanti.

Sisipan gambar: Dr Zek – Ergonomik dan Kejuruteraan Faktor Manusiadan En. Raemy Md Zein – Ergonomics Excellence Centre

#cosh2018 #niosh #safetyandhealth #eec #ekfmgambar cosh2018IMG_4366

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s