Bagaimana hendak laksana program ‘ergo’ di tempat anda?

Sebagai pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), mengawal risiko tempat kerja menjadi domain kerjaya kita. Kawalan risiko gangguan rangka-otot pekerjaan (WMSDs) sering menjadi cabaran kepada pengamal KKP kerana kekangan pengetahuan, kemahiran dan cara mana hendak mula.

Kawalan risiko WMSDs mempunyai pendekatan hampir sama dengan mengawal risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) lain. Prinsip mengenalpasti, analisis dan mengawal risiko digunapakai. Perbezaannya cuma kaedah-kaedah yang dilaksanakan.

DIKONGSI adalah pendekatan yang boleh disyorkan bagi pihak baru hendak bermula program ergo tempat kerja. Kaedah ini berguna untuk melihat corak/pola/trend gejala ketidakselesaan atau sakit anggota badan pekerja. Pemantauan awal bermatlamat untuk mengetahui titik pencetus (trigger point) risiko gangguan rangka-otot pekerjaan.

Output pemantauan awal sekurang-kurangnya menjadi asas dalam melaksana tindakan seterusnya seperti analisis tugas/kerja serta penaksiran risiko yang lebih terperinci.

DI MANA HENDAK MULA?

  1. Menyedia instrumen ‘Borang carta ketidakselesaan badan’.
  2. Menyedia pengkalan data gejala ketidakselesaan badan (gunakan Microsoft excel – lebih mudah dipelajari untuk yang kurang mahir dengan perisian analisis).
  3. Merancang program pemantauan ergo secara sistematik. Merangkumi siapa pemantau, waktu pemantauan, lokasi dan kerja.
  4. Merekod data mentah ke dalam pengkalan data gejala ketidakselesaan.
  5. Menganalisis data dan mempersembahkan dalam bentuk paling mudah difahami untuk langkah-langkah kawalan dan pencegahan.
  6. Merancang aktiviti analisis tugas/kerja terhadap aktiviti yang perlu diberi perhatian

KAEDAH ini boleh bersifat laporan kendiri (self-report) kepada pekerja. Pendekatan yang sama seperti program U See U Act. Pekerja digalak untuk mengisi borang carta ketidakselesaan badan sekiranya menghadapi tanda-tanda sakit anggota badan. DENGAN syarat pekerja sudah menghadiri kelas pengenalan risiko gangguan rangka-otot pekerjaan, tahu punca-punca dan mengetahui cara melaporkan.

Sebagai kesimpulan, panduan program ergo di atas disasarkan kepada individu yang baharu hendak bermula dengan harapan membuka jalan kepada mereka untuk mengadakan program ergo mesra pengamal KKP dan pekerja.

Disertakan bersama foto: Carta gejala ketidakselesaan badan, contoh carta bar pola gejala ketidakselesaan.

Carta ketidakselsaan badanStatistik Gangguan rangka-ototStatistik gangguan belakang atas

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s