Media sosial punca Stres

Media sosial adalah platform informasi dan komunikasi yang popular di kalangan pengguna seluruh dunia. Kajian dari Universiti di Jerman dan Kanada menunjukkan bahawa pada tahun 2017, pengguna menghabiskan lebih daripada dua jam secara purata setiap hari di rangkaian sosial dan perkhidmatan pemesejan (setengah jam setiap hari lebih lama daripada lima tahun terdahulu), yang berjumlah kira-kira satu pertiga daripada keseluruhan masa komputer harian mereka. Ini menunjukkan pola peningkatan penggunaan media sosial yang membuktikan media merupakan suatu keperluan terkini komunikasi. Melalui rangkaian tersebut, pengguna bebas melebarkan jaringan profesional dan kenanan, berkongsi ekspresi, pendapat, emosi dan sebagainya.

Namun di sebalik manfaat teknologi memudahkan perhubungan antara individu, terdapat faktor negatif yang perlu diberi perhatian. Kajian membuktikan media sosial berupaya menyebabkan tekanan emosi kepada pengguna. Kelesuan media sosial (Social media fatigue) misalnya adalah kesan yang menunjukkan stres individu. Kelesuan media sosial adalah keadaan di mana pengguna mengalami keletihan mental setelah menanggung beban maklumat dan komunikasi melalui interaksi mereka dalam platform media sosial yang pelbagai. Input dan informasi diperolehi melalui media sosial mempengaruhi psikologi pengguna sama ada kesan positif atau negatif. Kajian-kajian terkini secara umum bersetuju, penggunaan media sosial tanpa kawalan menyebabkan kesan psikologi yang tidak baik.

Faktor penyebab stress akibat penggunaan media sosial telah dikupas secara ilmiah dan terperinci dalam kajian-kajian terdahulu. Secara umum terdapat beberapa faktor penyebab yang menyerlah. Kupasan perkongsian ini mengambil berapa situasi yang biasa berlaku di kalangan kita iaitu:

  • Membandingkan diri dengan orang lain.
  • Perkongsian emosi rakan di media sosial memberi impak kepada diri sendiri.
  • Perihal kerja dibincangkan setelah waktu bekerja (melalui kumpulan media sosial kerja spt di Telegram & Whats app.)
  • Tekanan psikososial spt gosip, fitnah, ejekan dan dipinggirkan.
  • Ketagih mengemaskini akaun media sosial.
  • Ketagih mengetahui kemaskini rakan di media sosial.
  • Tiada zon privasi bagi individu. Eksploitasi identiti dan sebagainya.
  • Tumpuan seharian menjadi lemah. Gangguan daripada lambakan maklumat di media sosial.
  • Kualiti tidur tidak mencukupi. Menghabiskan sebahagian masa waktu rehat untuk melayari media sosial.
  • Anti sosial –individu lebih banyak waktu menyendiri. Masalah dikongsi melalui media sosial berbanding orang yang sepatutnya.

Media sosial punca tekanan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s