Aspek biomekanikal spinal

graf

Ciri-ciri biomekanikal spinal merangkumi daya ricih lateral, ricih posterior dan mampatan. Pergerakan asimetri seperti memulas pinggang menunjukkan peningkatan bagi ketiga-tiga daya yang dinyatakan.

Advertisements

Teori keseimbangan kerja (Modul III – Ulangkaji)

Teori keseimbangan

Ergonomik memberi tumpuan terhadap sekurang-kurangnya terhadap lima faktor untuk keserasian manusia dengan pekerjaan. Ia merangkumi faktor manusia, kerja, teknologi, persekitaran dan organisasi.

Faktor manusia: ciri-ciri manusia merangkumi aspek anatomi, fisiologi, kinesiologi, biomekanik, psikologi dan kognitif

Faktor kerja: ciri-ciri pekerjaan merangkumi proses, tatacara, protokol dan prosedur

Faktor teknologi: ciri-ciri teknologi digunapakai untuk sesuatu pekerjaan.

Faktor persekitaran: Persekitaran mikro iaitu persekitaran tempat bekerja cthnya ruangkerja, susun atur, pencahayaan dll. Persekitaran makro iaitu alam semulajadi.

Faktor organisasi: Pengurusan organisasi meliputi arahan pihak atasan, urustadbir, hubungan majikan dan pekerja, tingkahlaku pekerja, motivasi kerja, tekanan kerja, psikososial dan psikologi organisasi.