Safety is not common sense

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai konsep keselamatan di tempat kerja khususnya berkaitan dengan ungkapan ‘Safety is not common sense‘.

Sebagai seorang pengamal keselamatan dan kesihatan, ungkapan ini tidak asing dalam dunia kerjaya kita. Namun sejauh mana kita memahami konsep tersebut dan mengamalkannya dalam dunia kerjaya kita sehari-hari?

Jadi dalam perkongsian tidak seberapa ini, saya cuba mengupas seringkas yang boleh untuk manfaat bersama.

Di tempat kerja, hazard & bahaya yang jelas (obvious hazards & dangers) boleh dikenalpasti secara ‘common sense‘. Ini tidak dinafikan. Namun itu tidak cukup. Aspek lain hazard yang lebih penting tidak dapat dilihat dengan pendekatan ini. Contoh yang boleh saya bawa;

Pekerja tahu mengendalikan bahan kimia adalah perbuatan berbahaya. Itu common sense. Namun pekerja tidak mengetahui ciri-ciri ‘perbuatan bahaya’ itu seperti hazard spesifik, apa akan berlaku jika kecuaian, jenis kecederaan, safety operating prosedure dan lain-lain. Nah, perkara ini bukan common sense, Ia memerlukan suatu tahap pengetahuan, kesedaran dan kemahiran.

Di sini timbul peranan sebenar kita selaku pengamal keselamatan dan kesihatan dalam menggerakkan aspek tersebut sampai ke pihak yang sepatutnya. Dalam konteks ini pihak pekerja khususnya dan pengurusan umumnya.

Contoh lain: Menyuruh pekerja memakai topi keselamatanĀ dan memastikan chinstrap digunakan semata-mata tidak membawa impak kepada pekerja. Memakai safety helmet adalah common sense, tetapi nilai-nilai disebaliknya perlu jelas faham di kalangan pekerja.

Namun, memastikan pekerja membudayakan kerja selamat adalah cabaran dari perspektif lain. Apa yang penting mereka memahami ‘safety is not just common sense‘. Secara tidak langsung persepsi yang mengatakan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan hanya buat kerja common sense adalah nonsense.

#oshunisel #unisel #osh #ohs #safety #health #occupationalsafety

aku

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s