Kesedaran situasi ketika memandu

Pada 24 Disember 2016 yang lalu kita dikejutkan dengan berita kemalangan maut sebuah bas yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan 16 orang. Salam takziah diucapkan kepada semua waris mangsa. Pelbagai spekulasi dilontar mengenai sebab kemalangan berlaku. Rata-rata mengatakan pemanduan laju adalah puncanya. Ada juga pendapat mengatakan pemandu bekerja lebih masa dan tiada ruang untuk berehat. Siasatan masih berjalan dan tidak molek kiranya kita berspekulasi, lebih-lebih lagi melibatkan mangsa. Ini boleh mengguris perasaan mangsa-mangsa yang terlibat khususnya keluarga arwah pemandu.

Walaubagaimanapun, saya tertarik untuk mengupas mengenai pendapat yang mengaitkan situasi pemandu bekerja lebih masa dan tiada masa untuk berehat. Kupasan meliputi aspek daya tumpuan individu.

Kesedaran situasi (situational awareness) adalah keadaan di mana keupayaan untuk mengenal pasti, memproses, dan memahami elemen-elemen kritikal maklumat tentang apa yang berlaku. Mudahkata, mengetahui apa yang sedang berlaku di sekeliling.

Kesedaran situasi ketika pemanduan; banyak faktor kita boleh dikaitkan. Gangguan seperti menaip mesej, bercakap dengan telefon bimbit, makan dan minum dll. Gangguan seperti yang disebutkan adalah gangguan fizikal. Namun satu perkara yang sering terlepas pandang adalah kesedaran situasi juga tertumpu kepada kelesuan mental (mental fatigue).

Keadaan ini berbahaya terutama ketika memandu. Secara fisiologi apabila otak dalam keadaan lesu, ia memberi kesan kepada prestasi mental. Banyak kajian mendapati otak yang penat tidak dapat berfungsi dengan baik. Individu sedang kelesuan mental terganggu keupayaan berfikir (daya tumpuan) serta tindakbalas motor menjadi lembab. Kelesuan mental memperlahankan tindakbalas dari 200 milisaat ke 750 milisaat [1] [2]. Dari sudut keselamatan, sekelip mata kesilapan boleh menyebabkan malapetaka yang besar khususnya dalam operasi kritikal selamat (critical safety). Kritikal selamat tidak ditakrifkan secara konkrit dalam mana-mana perundangan. Tetapi, dalam konteks kupasan ini, kritikal selamat boleh dijelaskan sebagai sebarang aktiviti yang, jika berlaku boleh mendatangkan risiko terhadap orang lain seperti kecederaan dan maut.

Ringkasnya, kesedaran situasi tidak semata-mata berkait rapat dengan gangguan fizikal. Tetapi aspek mental perlu diberi perhatian. Dalam konteks perbincangan, keadaan ini berkait rapat antara gejala kelesuan mental dengan kesedaran situasi. Mental lesu menyebabkan fisiologi mental dan motor terganggu yang meningkatkan kebarangkalian kesilapan individu seterusnya menyebabkan kemalangan.

APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK MENDEPANI ISU INI?

PERTAMA, jadual perjalanan dan syif yang tersusun. Merangkumi aspek pemandu. Seorang pemandu tidak boleh memandu secara berterusan untuk dua trip berturut-turut untuk perjalanan jarak jauh.

KEDUA, perketatkan undang-undang dua orang pemandu untuk satu-satu trip.

KETIGA, perketatkan undang-undang pemanduan tidak melebihi had kelajuan. Pemasangan kotak hitam dilaksana secara menyeluruh (Seperti kenyataan Menteri pengangkutan pada tahun 1998).

Cadangan-cadangan di atas merupakan lontaran idea secara umum. Penelitian yang jitu perlu mengambil kira banyak faktor oleh pihak-pihak yang berkenaan.

#situationalawareness #humanfactors #kesedaransituasi #faktormanusia #kelesuan #fatigue

Rujukan

[1] Caldwell JA, Caldwell JL, Brown DL, Smith JK. The effects of 37 hours of continuous wakefulness on the physiological arousal, cognitive performance, self-reported mood, and simulator flight performance of F-117A pilots. Mil Psychol 2004;16:163-181.

[2] Jones DG, Endsley MR. Use of real-time probes for measuring situation awareness. Int J Aviat Psychol 2004;14:343-367.

petikan-skrin-2016-12-27-pada-09-34-10

Perkembangan penyelidikan anak didik

pembentangan.jpg

Diskusi protokol pengumpulan data. Mereka akan bermastautin di kilang pemasangan otomatif di Pekan, Pahang. InsyaAllah ada beberapa orang lagi anak didik akan melaksanakan projek penyelidikan mereka tahun depan. Kepada rakan-rakan yg memerlukan pelajar utk buat kajian kes berkaitan OSH bolehlah hubungi saya nanti. Insyaallah kalian akan berpuas hati dengan sumbangan mereka. 

Mohd Zubairy Ergonomist

Safety is not common sense

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai konsep keselamatan di tempat kerja khususnya berkaitan dengan ungkapan ‘Safety is not common sense‘.

Sebagai seorang pengamal keselamatan dan kesihatan, ungkapan ini tidak asing dalam dunia kerjaya kita. Namun sejauh mana kita memahami konsep tersebut dan mengamalkannya dalam dunia kerjaya kita sehari-hari?

Jadi dalam perkongsian tidak seberapa ini, saya cuba mengupas seringkas yang boleh untuk manfaat bersama.

Di tempat kerja, hazard & bahaya yang jelas (obvious hazards & dangers) boleh dikenalpasti secara ‘common sense‘. Ini tidak dinafikan. Namun itu tidak cukup. Aspek lain hazard yang lebih penting tidak dapat dilihat dengan pendekatan ini. Contoh yang boleh saya bawa;

Pekerja tahu mengendalikan bahan kimia adalah perbuatan berbahaya. Itu common sense. Namun pekerja tidak mengetahui ciri-ciri ‘perbuatan bahaya’ itu seperti hazard spesifik, apa akan berlaku jika kecuaian, jenis kecederaan, safety operating prosedure dan lain-lain. Nah, perkara ini bukan common sense, Ia memerlukan suatu tahap pengetahuan, kesedaran dan kemahiran.

Di sini timbul peranan sebenar kita selaku pengamal keselamatan dan kesihatan dalam menggerakkan aspek tersebut sampai ke pihak yang sepatutnya. Dalam konteks ini pihak pekerja khususnya dan pengurusan umumnya.

Contoh lain: Menyuruh pekerja memakai topi keselamatan dan memastikan chinstrap digunakan semata-mata tidak membawa impak kepada pekerja. Memakai safety helmet adalah common sense, tetapi nilai-nilai disebaliknya perlu jelas faham di kalangan pekerja.

Namun, memastikan pekerja membudayakan kerja selamat adalah cabaran dari perspektif lain. Apa yang penting mereka memahami ‘safety is not just common sense‘. Secara tidak langsung persepsi yang mengatakan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan hanya buat kerja common sense adalah nonsense.

#oshunisel #unisel #osh #ohs #safety #health #occupationalsafety

aku

Penyelidikan Ergonomik

fyp-izzatifyp-izzati-2

Alhamdulillah, pelajar seliaan saya (Nur Izzati Samsudin) membentangkan hasil penyelidikannya. Kajian tertumpu aspek ukurbadan (antropometri), postural anggota dan fisiologikal (genggaman).

Manfaat Praktikaliti: rekabentuk alatan/perkakasan tangan industri berdasarkan faktor antropometri, fisiologi dan postural.

#ergonomik #faktormanusia #fisiologi #postural #antropometri#oshunisel #unisel Mohd Zubairy Ergonomist Ergonomik UK