Safety and Health Officer (SHO)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sebagai salah seorang tenaga akademik dalam bidang OSH, Unisel saya terlibat dalam penyediaan struktur program tersebut. Di bawah adalah sedikit pengenalan terhadap kursus yang ditawarkan.

Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kepujian)

Safety and Health Officer (SHO) merupakan kerjaya yang menumpukan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Skop pekerjaan SHO meliputi aspek keselamatan fizikal, persekitaran, keselamatan biologi, kimia, psikososial, ergonomik dan menekankan elemen kesihatan pekerja dan orang sekeliling.

Kekompetenan SHO bergantung kepada tahap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang SHO. Pengetahuan diperolehi ketika sesi pengajian secara formal atau tidak formal. Di UNISEL, sesi pengajian formal ditawarkan dalam kursus peringkat ijazah sarjana muda (Bachelor degree) keselamatan dan kesihatan pekerjaan selama empat tahun (8 semester) secara sepenuh masa. Struktur program mengandungi semua elemen teras keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pelajar didedahkan dengan sesi pembelajaran teori dan praktikal yang mana kedua-dua elemen ini penting ketika pelajar sudah bekerja kelak.

Para pelajar yang ditawarkan kursus Bac. OSH dilatih oleh tenaga pengajar berpengalaman di industri dan mempunyai latarbelakang akademik OSH yang kukuh. Terdapat tenaga pengajar merupakan bekas SHO yang bertauliah yang cukup berpengalaman untuk berkongsi pengalaman dan dikaitkan dengan elemen akademik yang diajar.

Manakala silibus program yang dikemaskini (uptodate) mengikut keperluan semasa pasaran OSH di Malaysia bagi memastikan para pelajar didedahkandengan fenomena OSH terkini di Malaysia dan antarabangsa. Pelajar didedahkan dengan pengalaman di industri ketika kajian kes, lawatan industri dan latihan praktikal.

Disamping pengajian di dalam kelas, para pelajar didedahkan dengan pelbagai program bagi membentuk sahsiah diri dan melatih mereka mengurus dan mentadbir sesuatu program. Untuk melihat gambar aktiviti yang pernah dilakukan, klik link berikut:

FB OSH Unisel & Gambar aktiviti

Selain itu, di peringkat pengajian ijazah sarjana muda (degree) para pelajar diwajibkan membuat penyelidikan (tesis) ketika di tahun akhir. Struktur penyelidikan tahun akhir ini menguji para pelajar terhadap semua ilmu teori dan praktikal yang telah dipelajari selama empat tahun. Mereka akan dibimbing oleh penyelia (supervisor) yang berpengalaman dan terlatih. Di akhir pembentangan tesis, para pelajar sudah memiliki asas yang kukuh dan boleh bekerja sebagai SHO yang mantap dari segi teori, praktikal dan sahsiah mereka.

Akhirkata, di UNISEL program pengajian Bac. of Occupational Safety and Health (Hons.) mempunyai objektif untuk menyediakan peluang pendidikan kepada individu yang berminat dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan; dibekalkan dengan asas pengetahuan dan kemahiran yang kuat serta menerapkan etika dan displin yang baik. Ini memastikan graduan yang dilahirkan KOMPETEN.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mari sertai keluarga OSH Unisel (‪#‎oshuniselian‬). Mohon sekarang di Laman web Unisel

‪#‎oshunisel‬ ‪#‎dosh‬ ‪#‎osh‬ ‪#‎safety‬ ‪#‎ohs‬ ‪#‎oshintake‬ ‪#‎jomjoinunisel‬ ‪#‎uniselbest‬