Pengarusperdanaan higien industri

Pelan induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2016 – 2020 (OSHMP 2020)

STRATEGI 4 – PENGARUSPERDANAAN HIGIEN INDUSTRI

Pendedahan kepada faktor risiko ergonomik merupakan salah satu hazard yang sering wujud di tempat kerja dan perlu diberikan penekanan yang serius. Oleh itu, penaksiran risiko kesihatan melalui penilaian risiko ergonomik di tempat kerja perlu dijalankan untuk meningkatkan keselamatan, kesihatan dan keselesaan pekerja dengan mengambil kira faktor ergonomik melalui reka bentuk stesen kerja, peralatan dan persekitaran kerja yang sesuai, selamat dan tidak membahayakan pekerja.

Pelaksanaan kaedah penaksiran risiko kesihatan yang menyeluruh dan komprehensif perlu dijalankan di tempat kerja bagi memastikan tahap kesihatan pekerja dapat ditingkatkan dan seterusnya mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan kondusif.

13118956_10208957080185328_3074540140855028238_n