Keperluan asas manusia dan keselamatan tempat kerja. Adakah kaitan antara keduanya?

Selain membicarakan soal rekabentuk dan keadaan tempat kerja, EKFM juga mengambilkira faktor saikologi sebagai cabang perbahasan. Faktor manusia bukan sahaja menumpukan aspek fizikal (postur dan gerakan) tetapi saikologi manusia juga. Maka perbincangan kali ini membicarakan soal saikologi sebagai pucuk pangkal kehendak seseorang manusia untuk mengamal keselamatan dan kesihatan dalam hidupnya.

Sebagai seorang pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan, cabaran mempromosikan keselamatan tempat kerja sering dihadapi. Lebih-lebih lagi cabaran yang dihadapi dari kalangan pekerja bawahan. Pekerja sukar untuk mengamal budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Banyak perkara yang mendorong perilaku tersebut sama ada dari sudut iltizam pihak majikan, keadaan tempat kerja dan pekerja itu sendiri. Kali ini EKFM membincangkan masalah ini dari sudut saikologi.

Satu teori masyhur yang boleh dikaitkan dengan perbincangan ini adalah hirarki keperluan Maslow (1943). Teori ini membincangkan keperluan asasi setiap manusia sepanjang hidupnya. Hirarki bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti dengan keselamatan, kasih sayang, pencapaian kendiri dan penyempurnaan kendiri. Maslow menyatakan keperluan fisiologi, keselamatan dan kasih sayang merupakan keperluan asas untuk kehidupan manakala dua keperluan di atasnya adalah keperluan untuk perkembangan.

Keperluan fisiologi adalah keperluan asasi badan seperti makanan, minuman, seks dan lain-lain. Keperluan peringkat ini penting untuk memastikan keperluan yang lain-lain berkembang secara seimbang. Ketidakseimbangan keperluan fisiologi mendatangkan kesan kepada manusia dalam kehidupannya sehari-hari. Bayangkan sebuah keluarga miskin yang kekurangan serba-serbi mengharungi arus kemodenan dengan harga barangan yang tinggi. Tiada kepuasan untuk memenuhi keperluan fisiologi menyebabkan manusia tidak akan memikirkan tahap keperluan yang lebih tinggi umpamanya keselamatan. Manusia cenderung untuk mengambil risiko untuk keperluan fisiologi apatahlagi apabila terdesak.

Menurut Maslow, tingkahlaku dikuasai dan ditentukan oleh keperluan yang belum dipenuhi dan secara sistematik akan puaskan keperluannya yang asas dan beransur-ansur meningkat ke hirariki atas. Dengan kata lain keperluan asasi mengatasi kehendak keperluan tinggi.

Oleh yang demikian, cabaran menggalakkan keselamatan pekerjaan kepada pekerja adalah tinggi disebabkan faktor yang telah dibincangkan di atas. Rata-rata pekerja menduduki dikelompok masyarakat banyak masih kekurangan keperluan fisiologinya. Berdasarkan faktor ini juga, kenyataan yang dapat kita lihat, masyarakat dunia ketiga rata-rata tidak menghiraukan tahap keselamatan. Walaupun Malaysia bukan negara dunia ketiga, tetapi dengan taraf kemasyarakatan yang masih tidak seimbang, agak mustahil untuk membudayakan keselamatan tempat kerja. Keadaan sebegini berlaku sehari-hari yang akhirnya menjadi budaya seperti tingkah-laku pembonceng motorsikal yang melanggar lampu isyarat merah dan melalui laluan kenderaan besar di plaza tol.

Sebagai kesimpulan, keperluan asasi manusia juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan nilai keselamatan dan kesihatan tempat kerja. Ketidakseimbangan keperluan asasi menyebabkan manusia cenderung untuk memenuhinya.

Rujukan

Maslow, A.H. (1943). A Theory of Human Motivation. Psychological Review 50(4): 370-96.

maslow

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s