Intipati ergonomik dalam sains tatakerja dan manusia

Untuk mengkaji tingkahlaku pekerjaan, pendekatan yang tersusun perlu dilakukan. Memetik ulasan Ismail Bahari (Professor Keselamatan Pekerjaan dan Sinaran, UKM); bidang keselamatan dan kesihatan perlu dilihat secara bersistem, sistematik dan sistemik. Bersistem ditakrifkan sebagai set bahagian yang berhubung atau saling bergantungan membentuk sistem bersepadu. Manakala sistematik adalah tindakan atau proses yang dilakukan mengikut suatu rancangan tetap atau teratur. Dan sistemik pula merangkumi sistem tersebut secara menyeluruh.

Sebagai contoh sebuah jentera yang beroperasi disebabkan hubungan sub-bahagian jentera yang terdiri dari kawalan operasi, peranti pemindahan dan titik sentuhan (operational control, transmission devices and point of contacts). Mekanisma operasi jentera tersebut merangkumi gagasan sistem-sistematik-sistemik.

Oleh yang demikian untuk mengkaji kerja, ia perlu dilihat dari sudut pandang sistem kerja itu sendiri. Sistem kerja memberi tumpuan kepada hubungan antara manusia (pekerja), mesin & rekabentuk antaramuka (Bridger, 2003) dan persekitaran kerja. Dengan ringkasnya digelar saling-hubung tiga serangkai manusia-mesin-persekitaran.

Berdasarkan gambarajah di bawah, manusia (H), jentera (M) dan persekitaran kerja (E) terangkum di dalam satu persekitaran besar. Saling-hubung manusia-jentera-persekitaran memerlukan input tenaga, bahan dan pengetahuan untuk menghasilkan output-produk, tenaga dan pengetahuan. Saling-hubung manusia-jentera-persekitara kerja juga menghasilkan produk yang tidak dikehendaki seperti janaan suhu, bunyi bising, produk yang cacat dll.  Kecederaan, gejala ketidakhadiran dan kemalangan juga diambilkira sebagai sisa-sisa yang terhasil akibat dari saling-hubung manusia-jentera-persekitaran.

Peranan sains tatakerja dan ergonomik tertumpu kepada keserasian saling-hubung ketiga-tiga entiti di atas.

intipati ergonomik

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s