Hikmah kejadian manusia

Keajaiban kejadian ciptaan Allah SWT yang bernama manusia diceritakan di dalam surah Al-Hujurat, ayat ke 13; Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Berdasarkan ayat al-quran di atas, pengajaran yang boleh di ambil ikhtibar bahawasanya manusia itu berbeza-beza bagi setiap seorang dengan mempunyai kepelbagaian rupa, bentuk, keupayaan dan ragam. Maka dengan itu suruhan saling kenal-mengenali amat dituntut oleh islam. Hanya taraf kemuliaan seseorang itu ditentukan berdasarkan ketinggian ketakwaan dirinya kepada Allah SWT. Ayat al-quran di atas apabila direnung dengan lebih jauh meliputi penceritaan berkenaan kepelbagaian ras manusia yang bersangkutan dengan isu yang dibincangkan. Salah satu manfaat kejadian manusia yang pelbagai itu mencetus suatu penerokaan ilmu yang digelar ukurbadan manusia selain daripada bebeberapa bidang lain seperti saikologi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s